The Real Idol…

May 22nd, 2007 by zentyzakaria

Hmmm lama btol x menulis neh…dh x reti rasanya..dok bz dgn benda lain jer…tp yg ni mmg btol2 rasa nak share ngan korang…very inspiring story…

Siang td Alhamdulillah diketemukan secara empat mata(ehh sebenarnye bermata2) dgn idola aku yg selama ni aku cuma baca kat satu magazine.Die ni sebenarnye secara kebetulan je aku terbaca cerita die n aku still simpan lg article psl kisah dia..n xsangka pulak tiba2 blh jumpa face to face…sgt2 seronok…tambah2 pulak apa yg dia ckp tu semuanya aku rasa mcm kena btg idung sendiri yg selama ni mmg rasa xsedar diri…

Hmmm ayat pertama yg slalu akan aku ingat dpd dia ni…"be a towering person!!!if not to the others be a towering person to yourself n to your parents!!" hmmm naik bulu roma aku bila dgr die ckp…lg satu "the girl that ALWAYS answer ‘I don’t know’ will ALWAYS be at the bottom, BUT the girl that ALWAYS answer ‘I will try’ will ALWAYS be at the TOP!!!" hmmm menikam hati aku btol…toing!!kena btg idong..baru padan muka…

Orang tu Capt. Prof. Dato’ Dr Hashim Yaacob ex vice chancelor UM…hmmm orgnye bg aku very humble tp mempunyai jiwa yg sgt2 besar…asal dr keluarga yg susah dan berazam tinggi mengubah keluarganya…cepat sedar diri dan ade motivasi…hmm dah lama btol xde org bg motivational talk..sesekali dgr camni..rasa seronok tambah plk approach die yg bersahaja dan yg plg best die anggap kami semua ni mcm anak2 die…sronok btol!!!pelik sggh sejak 5thn dok USM aku asyik tetido jeee dlm lecture tp lecture die yg dekat2 3jam aku x lelap sekejap skali pon…hmmm ajaib!

Btol laaa kata org bile kite memuliakan ibu bapa kita maka kita akan dihormati smpi bile2…hmm byk kata2 die yg bg aku very touching ssh nak ckp kat sini tp kalo jumpa dgn die face to face mmg sgt bersemangat!!ayat yg plg aku xbleh lupa "Do u want to graduate just with C grade on your forehead and u will remember forever and regret it for the whole of ur life??" tersentak aku bile dgr camtu..hmmm nampak sgt nawaitu msk sini sedikit menyerong dan Alhamdulillah..ade org yg tlg btolkan jalan dan membantu untuk meluruskannnya…selama ni dok target PASS only…malu sggh bile dgr ayat camtu… "GRAB THE OPPORTUNITY DON’T MISS IT!!!"hmmm rupa2nye aku tertido selama ni…ade jgk org tlg kejutkan….thanx to PPSG USM sbb bg peluang ni kat aku n rakan2…semua blk dgn semangat baru…termasuklaa lecturers rasanya….serangkap puisi die yg aku rasa die sgt2 menghargai parents die:

  Bagaimanakah akan kuceritakan pada ayah bondaku,

  betapa sekian lama aku mengembara

  dalam keringat dan air mata

  berpayungkan doa mereka sepanjang masa,

  kemudian akhirnya

  sampai juga aku di muara….

Panjang puisi die tp rangkap ni yg aku plg best skali…hmmm dpd anak sepasang suami isteri penoreh getah yg buta huruf lahirnya seorang idola yg bg aku mmg sgt2 patut di contohi…dia dh buktikan pada diri dia yg dia boleh bermakna semua org juga blh..satu ayat dia lg ‘Tuhan menjadikan setiap bangsa itu adalah serupa, hanya kita yg mampu mengubah setiap nasib kita’….

Semoga next time dpt laaa lg PPSG menjemput org2 yg mcm ini supaya bg peringatan pada setiap manusia yg slalu lupa mcm aku….thanx Dato’ and thanx to all our lecturers sbb bg peluang kat kami mcm hr ni… :)

"Betulkan niat tetapkan jalan…."

Bagaimanakah Roh Kita?

March 2nd, 2007 by zentyzakaria

Pesan Roh Kepada Manusia:

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu,mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia
berpesan :"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku,wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan  untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu  menanggung kesalahanku. Adapun di dunia Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mergenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan  menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang  yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap ibrail "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain". Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan".Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
Tidak ada jalan bagimu di arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan
seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa
akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang
beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan
berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai
hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan
solat malam
dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita
bersama.

CHINESE NEW YEAR NITE USMKK

February 3rd, 2007 by zentyzakaria

Last nite was a Chinese New Year nite in USMKK.It is an annual event in USMKK. hmm at first mcm xnak pegi sbb aku ni xbrape serasi ngan Chinese food. Tp disebabkan Anis beria sgt ajak p n die dh janji kita pegi skali so..aku turutkan jelaa since aku pon xpenah jugak p event ni even though aku dah 5years kat sini(hmmm 5years bukan masa yg pendek tau!)So..setelah bersiap ala kadarnya (since mende ni pon dlm kampus gak…)so aku n anis pon bertolaklaaa ngan digi cam konon2 nak amik gambo dgn jayanyalaaa…

Dpd jauh dah dgr bunyi gendang cina n ada tarian naga depan hall USM.apa lg xcukup kaki aku ngan anis jalan laju2 xnak miss mende tu..lamaaa dah xtgk tarian singa tu.Best gak …adelaa beberapa keping gamba sempat snap ngan singa yg konon2 seram tuuu..hehehe serm jugak sebenarnye…ade 2 ekor die tayang..satu color kuning satu lg color merah.Yg color merah tu cam mengganas sket.Menjerit Anis bile tetibe die usik Anis masa ktrg nak bertenggek sebelah naga tu nak amik gambo leee kekononnye.

Pastu sempat pulaklaaa ktrg melaram kat tepi tasik and jambatan buatan derang.Hmmm nice decorations…ni semua 1st and 2nd year yg buat(coz aku dok nampak Rachel dok berjaga sampai mlm2 since 2months ago).Overall persembahan menarik dan menghiburkan.Ada tarian bakul,tarian piring(malay dance),tarian singa,teater ‘The Legend of Mulan’ dan beberapa sketsa lglaaa…yg aku plg suka wushu punya persembahan!!!wachaaaa!!!!wushu tu kungfulaaaa…bdk2 USM jgk yg perform.hmmm interior decoration marvelous!!!mmg kreatif bdk2 ni..pastu adelaa makan2 cam biasalaa Chinese food.Aku x sure laaa this year dpd mana..last year dpd 4 seasons.

Then at the end jumpa ngan masters student Dr ‘Aus yg amik orthodontdic.hmmm sembang2 sket ngan die since Anis dah knal ngan die.Hmmm nice guy dan byk cerita.Dia pon ngaku event ni best.So…kesimpulannya mmg kita kena kenal ngan budaya org lain.Baru masyarakat harmoni!!!!Malaysia mmg kaya dgn kebudayaan..hmmm malam2 cultural mcm ni laaa kita nak tau culture bangsa lain.So for those yg terlibat CONGRATULATIONS!!!

Antara Awex Cun dan Anjing

February 1st, 2007 by zentyzakaria

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam
ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang
manusia lelaki dan perempuan yang
sedang berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan
berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh,
najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba
awek dia tu apa? Boleh ke nak samak
dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power
la… manusia kena ubah
pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan
bahawa "Bergomolan dengan babi
(khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara
sengaja) dengan wanita yang bukan
mahram". Bersentuhan (dengan sengaja &
apatah lagi bertujuan syahwat)adalah
berdosa dan wajib bertaubat (bagi
membersihkan dosa). Sedangkan
menyentuh anjing tidaklah berdosa dan
hanya perlu disuci (bukan bertaubat).
Menyentuh anjing bukanlah satu
kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah
berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain
yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih
baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal
baginya’. (Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak
mengetahui? Sesungguhnya orang-orang
yang dapat mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang-orang yang
berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Bila Pula Tibanya Waktu Kita???

January 13th, 2007 by zentyzakaria

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Hmmm sedang aku dok khusyuk(yeke khusyuk?) dlm satu aktiviti siang td…hmmm dpt berita dpd mak kata Pakcik Arzahari telah kembali ke rahmatullah…Innalillahhiwainnailaihiraji’un…tekejut aku.yelaa dia mmg sht walafiat dan mmg aktif bersukan.meninggal pon masa tgh jdk referee dlm satu pertandingan bola(aku rasa peringkat ATM kot) kat Lumut.Actually die ni dok kat KL dan sorang RSM Navy.hmm janji Allah dah sampai maka walau sedetik pon dilepaskan.

Kesian Aida anak sulung die.Aida ni ex schoolmate(SKP TLDM) aku merangkap kawan sejak kanak2 lagik ngan die nih.mmg family ktrg ni kamcing sgt.ingat dedulu masa kecik2 slalu kita 4family mmg bergabunglaa kalo nak g picnic tu.sronok sgt zaman kanak2 ktrg.Dgn anak Pakcik Fadzillah(Kak Yong, Fadzreen a.k.a abg ngah, Syarida and Fadzrul), Pakcik Azhari n family(masa tu Aida sorang je anak dia), and Pak Long (kwn ayah kitorang) hmmm perasan pandai berenang laaa tuuu..kuang3 lawak3…kitorang ni kecik2 lg dah kene diajar berenang tp…aku jek yg tenggelam timbul xreti2(apsal leee bengap sgt).Dgr citer Fadzreen n Fadzrul mmg join perahu layar masa dah skolah menengah.Tp aku xsure.Kitorang mmg baik..since kanak2 best sgt!!!Dah besar pon kalo jumpa(yelaaa kalo dah lama xjumpa cam segan2 ayamlaaa konon) cam boleh tegur2 lg.Hmmm nak buat jahat depan derang pon xbrani tauuuu…kanggg ade citer sampai kat mak bapak masing2!!hehehe

Aida ni umo die dah 14thn masa die form 2 kat SEMESTI baru die dpt adik…so Azif adik die ni skang baru masuk darjah 4.Aida ni muda satu thn ngan aku.Cantik budaknya…ayu plak tuuu…slalu berebut ngan aku nak duduk atas Pak Long dan main2 janggut Pak Long masa kecik2.hehehe Pak Long dah anggap kite mcm anak die..cume dah besar2 ni jelaa xleh nak salam2 nak pegang2 cam dulu..yelaaa tetap aurat ngan die dah die tu kawan ayah kitorang jek.Kata isteri Pak Long aku nakal kalo nak banding ngan Aida.Ntahlee…nakal kot!Yg pasti cikgu tadika aku mmg pening kepala ngan aku pon!! :p

Berbalik pada cerita arwah..die ni mmg baik n pernah dpt anugerah Bintara Terbaik dan ada lagilaa kat dlm Navy.Aku dulu masa tggu result SPM slalu jugak lepak umah die ngan isteri die Cik Miah.Yelaaa aku dah x duduk dlm Naval Base dah masa tu..so nak melepas rindu aku masuk Base maka umah dielaaa tempat lepak aku..

Aku xtau ape sebab musabab kematian.Tp kata saksi die pengsan masa tgh jd referee(maybe stroke kot).Pastu bwk g HAT Lumut dah takde….aku sedih jugak mendengarnye…Aida pon aku x contact lg…so…for those yg kenal Aida silala berhubung dgn die…die dah xde sape selain mak dan adik2 die..aku rasa sedara die pon xramai sangat.Tinggal mak and adik2 die jer….Al Fatihah untuk Allahyarham Arzahari b Sudin…

Aku?Rasa bersyukur sangat sebab masih berpeluang lagi nak kucup tangan dan pipi abah dan mak bila balik rumah?Aida?dah tinggal seorang lagi..makanya bersyukurlah atas apa yang ada dengan kita dan hargailah apa yang ada di depan mata sebelum semua yang dipinjamkan diambil kembali oleh YG BERHAK.

SuNyInyerr…

January 5th, 2007 by zentyzakaria

Dengan tgk title blog aku yg merapu meraban tulisannya pon blh tau dah ape dlm kepala otak aku skg neh…huhu jam dah pkl 2.15am 6hb January 2007 (ikut jam laptop aku). Aku?dok mengadap log book oral pathology aku lg..still bersepah meja tulih aku ngan colour pencils yg mcm2 colour neh..naik lenguh tangan aku buat keje2 ketabikaan nih..huhu tetibe masa dok colour2 nih teringat plak aku pernah tulis dlm buku teks aku masa darjah 2 dulu..alaaa kan dolu2 ade blaja "i like….." dan "i dislike…." hehehe betapa nak menunjukkan keprotesan aku dlm menggunakan colur pencils neh n penat menulis banyak2 sgt aku pon tulihlaaaa "i dislike colouring" "i dislike writing" nahhh amik!!!!betapa aku dendamnye kat cikgu english aku tuhhhh..kuang3 jahat sggh aku bile di pikir2 balik!klakau pon ade..ade ke patut dlm byk2 i dislike yg tu yg aku tulih!!hehehe suci murni sggh hati budak2 kan?(chewah!) yelaaa kannn betapa aku ni luhurrr sggh tulih ape yg aku rasa…hmmm aku rasa bile dah umo camni kan…xsampai hati aku nak tulih camtu kat dlm buku2 kerja aku..kuang3 (buta hati sggh aku kalo boleh tulih camtu!)

hmm ntahle sunyi je rasa mlm2 camni walaupon roommate aku xtido lg(layan CD laaa apa lg mlm2 camni…tp die nih rajin banget!!sesekali je layan CD!)..kredit plk hbs..kalo x blh main2 sms ngan adik aku kat Btg Berjuntai nun dan ngan kawan aku di Shah Alam nun!!huhu rindu sama diaaaa wahai kawan aku!!!!laaamaaa xjumpa hang!

Pikir2 balik..hmm 6th January 2007…apa????2007???makkk aihhh kalo nak ikut tahun dah suku abad rupanya..huhu sedeyy jugak jdk makin tua nih…yelaa rasanya dah kena ubah diri menjadi lebey dewasa xleh nak lompat2 dah cam kanak2(adehlaaa sentimental plak lagu kat radio mlm2 nehh) best kan zaman kanak2?xyah zaman kanak2 laa zaman remaja pon cukupla…kuang3 lawak3 dpd aku kat SMJ dulu sampailaaa matrix banyak sggh keje gila yg aku n membe2 buat especially dlm merangka keje buat jahat celebrate birthday org!!penah ade yg kene simbah tepung..penah ade yg kene siram air sejuk tgh2 malam..kuang3 tp xsejahat classmate aku kat MRSM lagik yg sggp simbah sampah dlm tong sampah kat kwn derang!!!hahahaha lawak2..tgh2 malam nih sentimental btol mengenangkan kwn2 lama…

Lamaa xjumpa korang..hmmm yg dah kawen tu..yelaa aku paham..susah laa kan nak gila2 cam dulu..yg xkawen plak lg bz ngan keje masing2..xpelaaa..pape pon sunyiiiiinyeeee skang nehhhh

Mengarut sggh malam nih..bukan ape cuma mengenangkan masa yg berlalu yg dah banyak terbuang!!!Rugi sggh!!Sepatutnya bile di hitung2 masa yg berlalu kita boleh menjadi manusia yg lebih baik lgk..tp ntahle..napelaaa suka buang masa..

Anyway rasanya x terlambat lagik nak wish HAPPY NEW YEAR!!!dan xlama lagik kita bakal menyambut awal Muharam…semoga bertambah amal dan takwa kita padaNya dan bertambah keazaman utk menjadi manusia yg lebih baik. Ameen….

Sekadar renungan…btol ke????

January 3rd, 2007 by zentyzakaria

Sekadar mencilok sesuatu yg dirasakan berguna utk di share bersama dpd seorang sahabat.trima kasih sahabat!!

Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah Dan lembut… ..besar perbezaannya

Namun Ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan … kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam

Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak

Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak

Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju

Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji

Sedang suami tersadar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita… . Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak Membasuh pakaian,menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan Lelaki yang hanyut dalam keasyikan

Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL, KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL, KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT, Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI

Renung2kan dan tenung2kanlah diri sendiri…..

I’m BACK!!!

December 26th, 2006 by zentyzakaria

Wahai blog kesayangan aku yg telah di anaktirikan sejak aku bergelar REAL dental student neh…ciannn kat die..huhu sebenonye byk jek aku nak share..tp alih2 blk penat..bukak2 tenet jap usha2 email n frenster pastu chat2 kejap pastu tido…krohhhh selamat satu malam!!!siannn masa aku berlalu begitu saje…ntahle sejak 2 menjak nih xsempat nak menilik diri sendiri sampai keakadang rasa ada je serba xkena.cuma di mana xkenanya xdpt nak di kesan..dimana yerr silapnye??konflik dlm diri?yer kot!

okla wut ever!skang dah posting periodontic..actually towards the end of periodontic posting.For those who doesn’t know what is periodontic…periodontology is a study of gum diseases.hmmm jgn ingat senang!!walaupun scaling n root planning are the major managemant that we have to know plzzz do not underestimate perio!!(chewah!!pinjam ayat desperate housewife plk!cuihhh)ntahle nak kate i’m the lucky person ke x…hmmm just got 4 chronic periodontitis patient..hmmm for most of us to get chronic periodontitis is not easy….we need at least one patient of this disease to fullfill our requirement instead of gingivitis.First day dah dpt generalised chronic perio!!mak aihh tegezut aku bila patient buka mulut..kesian…mesti die xtau the proper way to take care of his own oral hygiene…xpela…dah keje aku redhakan aje..dpd mengeluh buat dpt dosa kering jek!!!this patient is diabetic patient..sian…no child at all..hmm xpelaa encik yer sabar ya!!then seperti biasa hr aku berlalu tanpa aku sedar aku dah byk BUANG MASA!!!!sian kat diri sendiri…sapelaaa berjaya nak ubah attitude aku nehh…

mcm2 ragam patient aku jumpa..ade yg cam nak cekik2 jekkk!!!geram sggh!!!zue tau ape problem aku…ade yg aku rasa touching sgt2 dgn kepercayaan yg die bg.hmm terharu sggh terharu!!!ade satu chinese man nih…aku suke citer psl this Mr kat kwn2 aku.die sgt co operative.aku pggl appoinment kalo jam 2pm bukan 2pm baru nak register tp 2pm dah tercongok kat Poly aku!!wow!!amazing!!aku suka patient camni..thanx Mr!!He is the chronic periodonitis patient.pity him!!Bile first time aku amik die kat kaunter aku sgt impress ngan cara die..bagus die neh!!he said Hello..greet me nicely then talk to me nicely..baiknye….this is the conversation between me n him :

Me : Hi is that u Mr M?

Mr M : yeah it’s me..Hello!!

Grossly aku nampak gg die cam xpenuh so…

Me : Do u wear any false teeth?

Mr M : No…

Me : Do u want me to do the false teeth for u?

Mr M : yeahh doc what u think is the best i just ACCEPT it.

Aku sgt2 terharu…aku yg setaun jagung neh diberi kepercayaan sepenuhnya nak buat apa saja dlm mulut die…bile aku btau die kene buat RCT, kene buat itu kene buat ini..he just said OK n OK.xde NO langsung!!!then aku rasa cam nak amik die jdk case study aku..so aku explain kat die ape yg perlu he just said OK!!!mak aihhh senangnye die bg persetujuan..baikkk sgt!then satu hr tu aku terlupa nak amik impression n radiograph die just FOR MY CASE REPORT!!!aku call die blk n wife die angkat.sgt baik jgk!(mmg Allah dah menjanjikan org yg baik pasti mendapat pasangan yg baik!!yaaa janji Allah!)aku mintak die dtg esoknye just utk tolong aku…surprisingly he said SURE NO PROBLEM!!!rasa bersalah sgt bile lupa nak buat procedure tu kat die..tp die sanggup nak dtg…(satu bukti menunjukkan rakyat Malaysia x mengira kaum dan keturunan kerana die ni non Malay)aku janji dgn die just for 15minutes…tp oleh sbb2 tertentu dah menjadikannya sejam!!!sabarnyeee patient neh..berkali2 aku mintak maaf ngan die but he just said IT’S OK!!!luhur sggh hati die…n then die blh tanye plk ‘When is our next appoinment doc?’ nahhh nmpk x kesungguhan die..n aderlaa citer die n family die yg die share ngan aku..very nice person with very nice family!!very impressive!!aku mmg berazam b4 aku grad aku mesti hbskan case uncle ni walau mcm mana ssh skali pon sbb die byykkkk sgt tlg aku..alhamdulillah…so far patient semua ok butttt today!!!nak pecah poly tu ngan bahang hati aku bile patient buat hal!!waduhhhh gerammmm sgt!!!

tp xpe…last2 masa nak kluar bile bdk2 neh tanye aku just jwb…’xde rezeki nak ade patient…’

sedeyyy tauuuu!!!!sedeyyy sgt2!!!aku bersemangat sgt hr ni nak bg treatment..tp tgkla…xpelaa.maybe i should learn something form today incident…bukan xpenah org buat camtu..tp yelaa aku ni ade requirement gak!!!dahlee xnak dtg sdh…jgnle buat aku tertunggu2..at least btau aku sehari awal…blh aku cari back up.ni aku dah khaskan hr tu utk die blh plk buat onar!!!cuihhh geram sggh!!xpe…aku pk ni satu cabaran buat aku sbb bak kate slide Dr Azizah ‘Winners Dare To Fail’. Biarlaaa org nak nyusahkan idop aku jgn aku nyusahkan idop org dahhh (eh yekerrr)dahle tuuu melalut plak…esok ade ISO nye acreditate..ntah mana2 panel ntah dtg.yg pasti i’m not the chosen one nak jwb soklan esok!!cumenye kalo die msk klinik kenalaa aku purak2 rajin lebey dpd biasa!!huahuahua..yeaaaaahhhh nak balik raya…jumpa mak, abah n adik2!!!windu sama Nabila!!!

SeHaRiAn d HKB

September 11th, 2006 by zentyzakaria

Huhu hr ni 2nd day kat Medical ward HKB…ape perasaan??mak aihhh boringnyeeee….ntahle…mcm x byk mende yg blh buat selain dpd clerk patients…amik history..PE..amik history…PE…alih2 tu jugak yg kene buat…rindunyeee kat dental chair kesayangan aku tu…huhu D9 love u sooo much!!!posting surgery sblom ni xdelaa boring sgt..byk jgk mende yg blh dibuat selain observe procedures..masuk OT laa SOPD laa hmmm best!!

agaknye aku ni xleh stick ngan satu keje tu lama2 kot…ntahle…tp Head Department Medical xdela seperti yg aku n lain2 bayangkan…hmmm baik jugak..cume strict sikit…alahh biasalaa kalo x..xdelaa ktrg terkedek2 nak cover case satu ward tu.hmm menarik!cume..penatle..nak kene cakap byk2..jln byk2..huhu..tetibe plak td ward round mengejut!!mak tegezut badak aku!!dahle aku x cover case lg…mujurlaaa ward Bendahara terselamat dpd kene ‘ambush’!!uishh sebenonye xdelaa nak kate ’selamat’ sgt pon…tetibe esok kene ‘ambush’…hmmm baru ada akai!!!

nntlaaa nak crk pemangkin kat medical ward dulu..hehehe barulee semangat nak p ward..pape pon patient ok jugakle…walaupon ade yg ‘bekeng’ semacam jek..cuak gak aku..tp sebekeng2 patient HKB aku rs bekeng lg patient HUSM…hehehe siann bukan derang bekeng sebenonye..tp xlarat nak jawab soklan setelah di clerk berkali2 oleh students yg berbeza kot…sian derang…nak buat cemana kan??masuk teaching hospital camtula…u must accpet this situation…apo nak dikato!!

harap2nye bestlah medical posting nih..huh!!lepas ni mantaplee aku history n PE aku!!(hehehe yeke?dgn aku yg ‘rajin’ tahap cipan neh!!) hopefully laa kn..jdk mende camtu…dahle exam surgery long case hr tu cam hampess jek..

ade ke plak aku yg dpt surgeon yg plg digeruni!!!hampes btol!!org lain yg mimpi dpt surgeon tu..aku yg dpt…patutle masa aku tanye MO tu aku dpt surgeon mana, dia xnak btau..die srh aku clerk n buat PE dulu…bile die dah make sure aku dah complete buat semua tu..huh!baru die btau…mula2 aku cool jek…tetibe depan die…mak datokkk melayang hbs ape yg aku ingat!history tunggang langgang!malu sehhhh biaq pilaaa dah lepas pon…hopefully pass n xyah remedial…malas laaa aku nak remedial..nak kene study lagik!

oklaaa nnt ade pape aku citerlaa yg menarik psl HKB..pape pon mmg enjoy duduk HKB!!biarlaaa org kata kitorang syok sendiri pon kat HKB tuuu asal kitorang enjoy!!bile enjoy buat keje ape pon enjoy!!yeahh idup mesti positif slalu walau ape pon terjadi!!kuang3….

A Year Older!!!

August 7th, 2006 by zentyzakaria

so many birthday wishes today!!!last night kuar ngan nani n ima pastu lepak2 bilik ima dah kene nyanyi ngan derang 2org plus faezah sorang lagik.ishh cam xcaye jek dah 24..kuang3 cam lawak jek..pastu dptle beberapa sms mcm biasala kan..hmm pastu plak pg2 masa kat HKB dpt call dpd abah.wahh terharu sggh…anyway yg bestnye hr neh genap suku abad anniversary mak n abah..wow proud of them..pastu lak masa balik dpd HKB ptg td kanak2 ribena yg posting medical n surgery kat HKB nyanyi ramai2 happy birthday kat dlm bas.mak gilerzz malu dah besar2 org buat camtu..nway thanx ye korang…share gak birthday neh ngan umar n fizah yusuf.hmm tahun ktrg jek lain2 tp naik setahun tetap jugak.yg bestnye ade sorang tu kate "eh k zenty dah 24thn eh?apsal xnampak muka cam 24 pon?cam muda lgk jek?"kuang3 kembang aku tuuu.hehehe amik ati le tu konon.xpelaa siok gak kan muda dpd umo…

hr neh gak 1st day start posting surgery kat HKB walaopon smlm adalah 1st day tp hr neh baru start jumpa patient n teaching n semua2 tulaa..so far so good…nurses pon ok..surgeon pon ok..MO pon ok..HO?lgleeee ok!hehehehe byk pengalaman gak hr neh..best!bile start ngan hr yg best maka mood pon jd best nak teruskan posting neh..well..esok kene ikut green team buat ward round..sapelaa surgeon n lain2 yg dlm team tu..harap2 ok..aku n lain2 group members tertunggu2 gak satu surgeon yg aummm ditakuti ramai tp nampak cam ok jek die tu…xtaule kan masa depan cmne..ikut jelaa kate die walaupon gerun la jugak kan…

hmm ward 29???ape yg menarik?adelaaa kang btau jeles budak yg dh masuk posting medical..hehehehe jgn mara arrr..anyway semoga dgn pertambahan umo neh harap2 aku pon makin bertambahle kematangan..lawak…lawak…matang?huhuhu sggh lawak..pape jelaaa…